Friday, October 18, 2013

PANTANG LARANG DALAM PERKAHWINAN INDIA

     
                                                

Perkahwinan merupakan satu kewajipan yang dilakukan oleh semua orang dalam hidup mereka. Jadi apa yang telah ditetapkan adalah pantang larang yang harus diikuti oleh pasangan tersebut. Walaupun pada zaman moden ini, ada yang tidak percaya tetapi tidak semestinya pantang larang tersebut harus dilupakan.

Pantang larang bermula dengan kunjungan tetamu ke rumah buat kali pertama dimana tuan rumah, tidak membenarkan tetamu melakukan kerja seperti membasuh pinggan. Ini kerana dipercayai akan membawa sial dan mungkin boleh berlaku perselisihan faham diantara keluarga tuan rumah dan tetamu tersebut.

Selain itu, pantang larang merisik adalah dimana bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan tersebut, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana tidak ada perikatan suami isteri dan juga dianggap sebagai tidak sopan. Tambahan pula, selepas telah habis majlis pertunangan, pengantin perempuan dan pengantin lelaki dilarang keluar pada waktu malam kerana takut terkena panahan mata orang lain atau berlaku kemalangan yang tidak sepatutnya.

Kad jemputan perkahwinan adalah yang paling utama. Sebelum perkahwinan, kad jemputan perkahwinan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanac hindu tanpa kesillapan. Sebab itu, kad jemputan perkahwinan ini dititikberatkan oleh golongan India dan jika berlaku satu kesilapan maka perkahwinan tersebut tidak dapat dijalankan dengan lancAr.

Selain itu, sebelum perkahwinan pengantin perempuan dan lelaki diminta untuk makan makanan sayur – sayuran. Bukan hanya pengantin lelaki dan perempuan malah keluarga mereka tersebut, tetapi itu bukan satu kemestian bagi keluarga tersebut. Tambahan pula, jika majlis perkahwinan berlaku di kuil maka sayur- sayuran sahaja dihidangkan bagi para tetamu. Makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya, daging lembu kerana dianggap sebagai Tuhan dan agama India melarang makan daging lembu.

 Apabila pasangan mendirikan rumah tangga, generasi tua kaum India selalunya akan merestui mereka supaya hidup beranak-pinak seperti pohon pisang. Perbandingan seumpama ini digunakan kerana pohon pisang memang subur dan mampu “melahirkan zuriat” secara produktif dan berterusan.Pada majlis perkahwinan kaum India beraga Hindu, lazimnya sepasang pohon pisang subur ditempatkan di pintu masuk ke tempat upacara dan amalan ini adalah suatu kemestian. Pohon pisang yang dipilih pula mestilah yang sedang berbuah dan masih ada jantung pisang.Jantung, buah, daun dan batang pohon pisang ada cerita tersendiri.

Sebaik sahaja melihat sepasang pohon pisang diletakkan menegak (sebenarnya diikat ke tiang atau kayu), maka orang ramai akan sedia maklum bahawa suatu majlis atau upacara yang menggembirakan sedang berlangsung.Pohon pisang itu akan dipasang beberapa hari sebelum majlis perkahwinan dan biasanya dibiarkan menghiasi tempat berkenaan selama beberapa hari.Sekiranya pohon pisang tersebut tumbang (akibat angin kencang atau kerana tidak diikat dengan baik, misalnya) maka generasi tua beranggapan kejadian itu membawa alamat buruk.Walaupun generasi muda kaum India dikatakan semakin berfikiran “moden” serta tidak mahu terpengaruh dengan amalan dan budaya tradisional, kepercayaan dan pantang-larang berkaitan pohon pisang terus menjadi ikutan.

                  

1 comment: