
Perkahwinan
masyarakat India di Malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu
vaitiikat tirumanam, tamil tirumanam, eliyat tirumanam. Perkahwinan masyarakat
India biasanya dilaksanakan mengikut golongan etnik iaitu Tamil, Malayalam,
Telugu dan sub etnik iaitu Chetti, Mutaliyar, Veelaalar, Teevar dan sebagainya
serta status ekonomi, pedanda iaitu Brahmin Gurukkal, Gurukkal, Pandaaram dan
sebagainya.
Peringkat
pertama iaitu merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor
etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti
status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap
pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang
keluarga juga turut diambil kira.
Seterusnya
ialah kunjungan ke rumah pengantin. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi
bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon
isterinya.Seterusnya ialah mengkaji kecocokan antara kedua-dua bakal pengantin.
Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thirumanam Poruttam Paartal
dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep
perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian
pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu.
Justeru,
prosedur ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan
kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam
jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa,
sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan
kepada wakil perempuan.Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat
janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan.
Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai
tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan
taambuulan marrutal.
Adat parisam
pula terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam. Parisam biasa
adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan,
manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang
sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India,
parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan
beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh
wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali.
Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi.
Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi.
Pada hari
tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar
oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang
saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan.
Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi
kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin.
Sebelum
majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu
dijalankan terlebih dahulu, antaranya , kad jemputan memainkan peranan yang
penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan
almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat
dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk
kunyit cair sebagai lambang keharmonian.
Adat
mukuurtakaal dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat
mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat
India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus
akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran
dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30
sentimeter. Majlis perkahwinan pula dimulakan dengan upacara niccayam (ikat
janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu
dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi
undangan perkahwinan.
Upacara
Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk
kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak
dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. Upacara
perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia
hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai
acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang
diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan
seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai
memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi
buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.
Selepas
perkahwinan, terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India
selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah
pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai
menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri.
Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan
selama tiga hari. Pada masa itu, ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua
pengantin dengan mengadakan jamuan.
Agen Bola
ReplyDeleteAgen Judi Online
Agen Casino Online
Agen Judi Bola
Casino Online
Agen Casino Online
Judi online
casino online
judi Online
Download Mp3 Terbaru
Kontes seo
prediksi skor
Bokep streaming
Foto Bugil
SSH GRATIS
Download Film Gratis
Latihan soal cpns